black and white bed linen

RINMAS NUSANTARA KATERING

VISI:
“Menjadi peneraju katering Nusantara yang membawakan rasa autentik dan pengalaman kulinari terbaik.”

MISI:
“Menyediakan hidangan berkualiti tinggi, layanan profesional, dan pengalaman katering yang memuaskan dengan sentuhan warisan Nusantara.”

Tentang Kami

Rinmas Nusantara Katering telah mula bertapak pada tahun 2017 di No 13-01 Jalan SR 4/1E Saujana Rawang 48000 Rawang Selangor. Sewaktu diperingkat inilah Rinmas Nusantara Katering telah memulakan semuanya dari memasak makanan sehingga penyediaan dan penghantaran kepada sesebuah majlis atau tempahan makanan yang di buat. Keenakan dan kelazatan makanan beserta layanan dan perkhidmatan yang disediakan, Rinmas Nusantara Katering telah membangun teguh menjadikan ia sebuah syarikat katering yang berkelayakan dan bersesuaian untuk menguruskan dan mengacarakan sebarang majlis.

Dalam usaha untuk menjadikan salah sebuah syarikat katering yang terbesar di daerah Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka syarikat ini tidak pernah melupakan ciri-ciri penting yang menjadikan Rinmas Nusantara Katering berjaya sehingga kini. Bagi memastikan setiap tempahan memenuhi kehendak serta kepuasan pelanggan Rinmas Nusantara Katering tetap mementingkan dan memberi keutamaan terhadap penyediaan makanan dan memastikan semua pekerja dapat menyediakan layanan serta perkhidmatan katering yang memuaskan. Rinmas Nusantara Katering akan terus membangun dan menyediakan perkhidmatan dan makanan yang terbaik di masa hadapan.

Pada awal tahun 2023, Rinmas Nusantara Katering telah membuka cawangan pejabat di Negeri Sembilan yang bertempat di No 42G, Jalan Rahang Jaya 1, 70100 Seremban Negeri Sembilan. Serta Rinmas Nusantara Katering juga telah membuka sebuah Dewan Kahwin di No 29A, Kampung Ujong Pasir, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Pakej yang dikenakan adalah mampu milik.

LATAR BELAKANG RINMAS NUSANTARA